Latar belakang dan karier Jirayu Tangsrisuk

Dia dilahirkan pada 19 September 1993 di Wilayah Phichit, Thailand. Beliau mempunyai seorang kakak.Dia mempelajari tarian dansa sejak kecil dan mempunyai kumpulan muziknya sendiri di sekolah tinggi. Dalam kumpulan itu dia adalah pemain gitar bass. Pada 2011, dia menjuarai pertandingan kosmetik Mistine dan memulakan kariernya sebagai model.

Pik Charnchalard Dhaweesap pemilik agensi hiburan “META TALENT MANAGEMENT”, terlihat foto James di Facebook lantas mencarinya. Tujuh agensi lain juga datang kepadanya, tetapi dia memulakan karier barunya sebagai pelakon di bawah pengurusan Pik. James membuat debutnya dalam drama TV “Suparburoot Jutathep” pada 2013, yang menjadikannya seorang bintang. Pada September tahun yang sama, buat pertama kalinya dia membintangi movie “First Love”, dan juga membintangi drama “Tong Neu Gao”. Ini melonjakkannya kepada kedudukan pelakon muda yang terkenal. Syarikat-syarikat Jepun seperti TOYOTA, UNIQLO, MEIJI BULGARIA YOGURT, memberi tawaran iklan kepadanya. Pada Februari 2014, movie keduanya, “Timeline” diterbitkan. Dia dirancangkan akan bergandingan dengan Taew Natapohn Tameeruks dalam drama ใยเสน่หา (Yai Sanaeha) tetapi penerbit mengumumkan bahawa ia dibatalkan disebabkan isu penulisan skrip.

Pada April 2015, buku foto pertamanya (diambil di Jepun), “JAMES JI UP CLOSE AND PERSONAL IN JAPAN” diterbitkan. Pada Jun, konsertnya “MAGIC JAMES THE CONCERT” dilangsungkan. Pada September, dia muncul di pentas TOKYO GIRLS COLLECTION (TGC) 2015 AUTUMN/WINTER sebagai tetamu apabila dia mengunjungi Jepun bagi mempelajari tarian dan nyanyian selama dua bulan. Pada 9 November, konvensyen langsungnya dilangsungkan buat pertama kalinya di Jepun, yang mengumpulkan 600 orang (peminat dan media). Pada Januari 2016, siaran rancangan TV, “TABI JAPAN with James Jirayu”, yang bermula di CH.3 enam wilayah dalam kawasan Tohoku. Pada 21 haribulan, dia tampil sebagai model di pentas YOHJI YAMAMOTO 2016-17, Autumn-Winter Paris Men’s Collection. Pada 19 Mac, dia muncul di pentas TOKYO GIRLS COLLECTION 2016 SPRING/SUMMER ke-22, sebagai model. Pada Jun, dia membuat debut di Jepun sebagai penyanyi dan akan menerbitkan CD daripada Universal Music. Dia dijangkakan menjadi lebih berjaya sebagai penyanyi/pelakon yang menjadi jambatan penghubung antara Thailand dan Jepun.

Rujukan

WikiPedia: Jirayu Tangsrisuk http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-... http://www.bangkokpost.com/print/350463/ http://jamesjirayu.com/ http://www.nationmultimedia.com/life/James-can-sto... http://www.nationmultimedia.com/opinion/Seeking-ou... http://www.nationmultimedia.com/sunday/The-hottest... http://entertain.teenee.com/thaistar/114328.html http://www.universal-music.co.jp/james-jirayu/ http://www.newsplus.co.th/46189 https://web.facebook.com/JamesJirayuTangsrisukFc?_...